SEREMBAN: Ibu bapa tidak perlu bimbang hantar anak-anak ke sekolah kerana kerajaan serta pihak sekolah telah mengambil langkah bersedia memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa diikuti sepanjang mereka berada di sekolah.
Hal tersebut kerana, penularan dan jangkitan COVID-19 membuatkan kebanyakan ibu bapa bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan kes harian yang semakin meningkat menjadikan mereka bimbang akan keselamatan dan kesihatan anak mereka.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengumumkan tarikh pembukaan sekolah bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan bermula pada 3 Oktober. Perkara ini telah menimbulkan kebimbingan pada lapisan masyarakat tentang faktor keselamatan dan kesihatan anak mereka ketika berada di kawasan sekolah.
Peniaga, Nur Nazirah, 30, berkata apabila jangkitan Covid-19 terus meningkat, adalah sangat berbahaya untuk kanak-kanak kembali ke sekolah. Beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula keputusan ini dan terdapat banyak alternatif lain untuk mengajar kanak-kanak.
“Sememangnya saya juga mengakui pada mulanya saya berasa amat bimbang untuk menghantar anak ke sekolah tapi dalam pada masa yang sama juga khuatir dengan sistem pembelajaran yang dilakukan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak mampu memberikan hasil yang berkesan kepada anaknya,” katanya yang mempunyai anak berumur 9 tahun.
Pada masa yang sama, Norhasyimah Taib berusia 40 tahun, seorang ibu yang tinggal di Taman Pulai Perdana berkata, beliau belum bersedia untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah kerana mereka masih belum diberi vaksin.
Berdasarkan tahap perkembangan kes COVID-19 yang tinggi pada masa ini, Norhasyimah berpendapat yang beliau tidak menyokong permulaan persekolahan pada masa ini selepas peningkatan mendadak dalam jumlah kes didapati empat digit baru-baru ini.
“Saya yakin selepas mendapati kes COVID-19 di negeri ini masih tinggi, bukan sahaja ibu bapa bimbang, malah semua lapisan masyarakat turut bimbang, terutama sekali kes di kawasan di Seremban ini yang semakin meningkat,” katanya.
ππππ
ReplyDelete