Oleh Wan Nuriryani Azwin Mazri & Nur Fatin Nabihah Mohamad Jafri |
Poster penyertaan mengikuti Program Calling All Stars anjuran Pusat Kebudayaan USIM secara dalam talian. - Foto Instagram |
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalankan program ‘Calling All Stars’ melalui norma baharu iaitu secara atas talian melalui platform media sosial ketika musim pandemik yang bertujuan untuk melahirkan semangat kebudayaan di kalangan para pelajar.
Program-program yang melibatkan secara bersemuka terbatas akibat berlakunya penularan Covid-19 yang semakin bertambah dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terus giat dijalankan. "Memandangkan semua program dijalankan di atas talian, kami mengadakan program tersebut melalui penyebaran poster dan mengambil data mahasiswa dan mahasiswi melalui google form," kata Nurain Hanisah selaku pihak penganjur 'Calling All Stars'. Bagi memilih kelayakan peserta ‘Calling All Stars’ iaitu dengan meletakkan syarat audisi seperti memuat naik video di Instagram dan menggunakan ‘hashtag’ yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Seni tari, seni suara, bermain alat muzik moden dan tradisional adalah antara bidang atau bakat yang dianjurkan oleh anjuran ‘Calling All Stars’ bagi melengkapkan slogan ‘PUSAT KEBUDAYAAN USIM, PENGGERAK SENI BERBUDAYA’. Seramai 119 pelajar USIM yang melibatkan diri untuk mengikuti program ‘Calling All Stars’ yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan USIM tersebut. Menurutnya lagi, Pusat Kebudayaan USIM akan mengadakan program seperti ini setiap tahun bagi mencungkil bakat mahasiswa dan mahasiswi USIM di mana mereka ini akan diserap masuk secara terus ke dalam kelab-kelab di bawah Pusat Kebudayaan USIM. Program ini merupakan platform yang disediakan bagi para penggemar dan penggiat seni dalam kalangan pelajar USIM sekaligus dapat mencari pelapis di kalangan mereka supaya seni dan budaya ini akan terus disemarakkan dan dipelihara. |
Comments
Post a Comment